puiSi itU iNdah.... ilMu iTu luAs...

Wednesday, September 05, 2012

AKU TAK TERANSANG

AKU TAK TERANSANG TENGOK PEREMPUAN BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG!!!

Walhal sebelum aku di tarbiyah, ransangan itu semakin kuat dan menghasilkan pandangan yang kedua, tetapi ia tidak lagi menjadikan pandangan kedua ke arah itu, malah ia
menghasilkan istighfar dan mengingat kepada Allah. InsyaAllah.

Apakah aku tidak bernafsu? Mustahil aku tidak bernafsu kerana aku seorang lelaki. Seorang lelaki yang masih normal, punya hati dan perasaan untuk menikah.

Tetapi, bagaimana jenis perempuan yang akan memberikanku ransangan?

Cukuplah kalau aku dapat nyatakan disini perempuan itu ialah perempuan yang cukup sukar dijumpai di akhir zaman ini.

Ketika kawan-kawan mereka
bertabarruj* menunjukkan perhiasan dan wangi-wangian yang melekat di tubuh dan baju, perempuan solehah ini sanggup bermati-matian menjaga aurat mereka, bertudung litup menjaga bentuk badan mereka dari ditayangkan kepada yang bukan berhak..

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

Begitulah pesanan nabi kepada Asma’.

Lain pula halnya ketika ini, ketika aku masuk kelas, dengan selambanya terdapat
classmate yang menampakkan lurah punggungnya.

Pelik sungguh
.
Apakah dia tidak malu menunjukkan barang peribadi yang selalu digunakan di hadapan mangkuk tandas. Aku tidak fikir kawan-kawan lelaki dalam kelas sama taraf dengan mangkuk tandas untuk didedahkan punggungnya.
Aku pelik sungguh…

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-
Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya)
(Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar.

Lalu sebagai
respond
Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas.
( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

Wallahua’lam.

No comments: