puiSi itU iNdah.... ilMu iTu luAs...

Tuesday, September 04, 2012

I.S.A

nukilan buat tahanan ISA



kau dipenjara tanpa bicara
keadilan dirimu dipandang hina
hanya mainan sang penguasa
yang cuma tamak haloba
tanpa mengira agama dan bangsa
ditangkap kerana hanya kerana
menjatuhkan kerajaan dgn kata-kata

maafkan rakyat yang baru sedar
dirimu hidup bagaikan neraka
seringkali disiksa juga dihina
maruah diri dipermain cuma
tanpa isteri tanpa keluarga
dikurung sendiri kesunyian menerpa
kepada tuhan keadilan diminta

wahai tahanan kaulah wira
menghukum musuhmu dgn kata-kata
menyebarkan kebenaran ke pelusuk benua,
tanpa gentar tanpa ragu
kerana kau diasuh menjadi perwira
menajamkan lidah dari pedangmu
agar dapat merobek jantung musuhmu...

ingatlah ini wahai perwira
keadilan dirimu pasti terbela
mahkamah allah menjadi neraca
penzalim pasti dihukum juga
dan kau akan tersenyum gembira
kerana maruah sudah terbela
syurga mnjadi tempat selamanya

by: Akram Ahmar....

No comments: