AKU
TAK TERANSANG TENGOK PEREMPUAN BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG!!!
Walhal sebelum aku di tarbiyah, ransangan itu semakin kuat dan menghasilkan
pandangan yang kedua, tetapi ia tidak lagi menjadikan pandangan kedua ke arah
itu, malah ia menghasilkan istighfar dan mengingat kepada Allah.
InsyaAllah.
Apakah aku tidak bernafsu? Mustahil aku tidak
bernafsu kerana aku seorang lelaki. Seorang lelaki yang masih normal, punya
hati dan perasaan untuk menikah.
Tetapi, bagaimana jenis perempuan yang akan memberikanku ransangan?
Cukuplah kalau aku dapat nyatakan disini perempuan itu ialah perempuan yang
cukup sukar dijumpai di akhir zaman ini.
Ketika kawan-kawan mereka bertabarruj* menunjukkan perhiasan dan wangi-wangian yang melekat
di tubuh dan baju, perempuan solehah ini sanggup bermati-matian menjaga aurat
mereka, bertudung litup menjaga bentuk badan mereka dari ditayangkan kepada
yang bukan berhak..
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah
masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian
baginda SAW berpaling dan mengatakan:
"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup
umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini --
sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)
Begitulah pesanan nabi kepada Asma’.
Lain pula halnya ketika ini, ketika aku masuk kelas, dengan selambanya terdapat
classmate yang menampakkan lurah punggungnya.
Pelik sungguh.
Apakah
dia tidak malu menunjukkan barang peribadi yang selalu digunakan di hadapan
mangkuk tandas. Aku tidak fikir kawan-kawan lelaki dalam kelas sama taraf
dengan mangkuk tandas untuk didedahkan punggungnya. Aku pelik sungguh…
Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-
Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di
sebelah dalamnya)
(Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043;
Kanzul Ummal, no 41245) .
Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita
jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para
sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat
berkata dia (wanita itu) memakai seluar.
Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas.
( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak
berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut
kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment