puiSi itU iNdah.... ilMu iTu luAs...

Thursday, December 06, 2012

sempurna??


Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh, cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak tentu sukar untuk kamu menambalnya semula. Akhirnya ia dibuang, Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya, Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu mengenyangkan – Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.? Terlalu ingin mengejar kelazatan, KELAK Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya. Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU, MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Lalu kamu juga yang akan MENYESAL.




nak jadi baik mmg lambat...


"Ustaz, saya dulu hafiz al-Quran. Dulu, solat ini memang saya tidak tinggal. Saya semakin hanyut dengan dunia. Sekarang, saya sudah tidak solat. Saya ingin berubah. Masih adakah sinar untuk saya?"

Ustaz S memandang kertas soalan. Masjid Sekolah Menengah (A) Sultan Muhammad, Melaka. Ada segmen Tanya Ustaz. Sesiapa pelajar yang ingin bertanya, boleh tulis soalan .

"Masih ada sinar" Ustaz S menjawab pendek.

Pelajar mengangguk. Kebanyakannya faham sifat al-Ghafur Allah. Pelajar di situ memang boleh letak belakang nama mereka dengan Ahmad atau Abu al-Damansari. Berlumba-lumba duduk di dalam taman-taman Syurga ilmu.Stail!

Ustaz S menyambung, "Kembalilah kepada Allah, nak. Allah menciptakan rahmat sebelum menciptakan murka. Pintu taubat terbuka luas. Sibukkan diri dengan kebaikan. Jika anda jatuh, maknanya, masa anda masih banyak yang belum diisi dengan kebaikan."

"Terima kasih, Ustaz. Macam mana nak jadi baik? Apa langkah pertama untuk saya berubah selepas bertaubat?"


"ada soalan lagi ustaz" Kertas dihulur lagi.



Ustaz S tersenyum. "Pernah tidak dengar kisah Abu Hurairah r.a. bertanya kepada baginda Rasulullah s.a.w. tentang seorang yang solat tetapi masih mencuri?"

Pelajar terlopong. Sah, tak dapat nak recall. Ini yang pentingnya hadir di ceramah-ceramah dan kuliah. Dapat peringatan, dapat refresh ilmu, dapat kesedaran. Dapat macam-macam.
Ustaz S menarik nafas dan berkata, "Abu Hurairah r.a. bertanya bagaimanakah orang yang sedemikian? Rasulullah menegaskan, solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri."

Pelajar mengiyakan. Mereka teringat firman Allah s.w.t bahawa solat akan mencegah perkara keji dan mungkar.

"Maksud baginda Rasulullah s.a.w. dengan memperbaiki dan meningkatkan mutu solat, dari segi rukun qauli (percakapan), rukun fi'li (perbuatan) dan rukun qalbi (rasa hati), lambat laun solat akan berjaya menjadi benteng kepada amalan keji dan mungkar."

Pelajar berpandangan sesama sendiri. Mereka tersenyum dan mengangguk.

"Kesimpulannya, nak jadi baik memang lambat. Nak membina memerlukan masa. Nak meruntuh sekelip mata. Teruskan bermujahadah untuk istiqamah. Tutup ruang-ruang untuk melakukan kemaksiatan. Isi kehidupan dengan kebaikan. Berkawan dengan kawan-kawan yang baik. Usaha dan terus usaha. Insya-Allah, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita."

Dalam jemaah itu, seorang pelajar tunduk. Matanya berkaca. Dia berbisik:

Ya Allah, dosaku menggunung tinggi, tapi rahmat-Mu melangit luas. Ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat. 

Wednesday, December 05, 2012

Jangan izinkan aku jatuh cinta...


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, Agar aku dapat menjaga diri.




Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.



Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Amiin..

anak dari syurga...


Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.






1) Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

2) Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

3) Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

4) Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi.

5) Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.




6 ) Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

Ambillah waktu....


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan


Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati
Ambillah waktu untuk memberi, itu membuat hidup terasa bererti 
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
Gunakan waktu sebaik mungkin, kerana waktu tidak akan boleh diputar kembali..

Tuesday, December 04, 2012

15 anugerah perempuan....


1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,“Tidak”.

Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.”

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”



10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. “Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.”
Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Friday, November 30, 2012

Sahabat...


Sahabat…
Hadirmu tidak ku pinta
Pergimu jua tidak kuhalang
Kerana perancangan tuhan yang berkuasa
Kita redhai ketentuannya.

Terima kasih sahabat
Kerna kau memberi sinar dalam hidupku
Yang selama ini goyang dioleng gelora hidup
Dihempas tsunami dunia,
Sehingga aku terkapai-kapai kelemasan
Dalam dunia sementara penuh nafsu.

Kini tuhan terus menduga
Aku akan pergi jauh dari dunia
Menanti hari pembalasan
Jangan tangisi, tapi redhai
Kerna aku tahu
Hatimu tabah jiwamu cekal



Terima kasih
Kerana sanggup ketawa menangis bersama
Walaupun kau tahu diriku hina
Tapi hakikat kau menerima
Tabahlah dikau melalui semua
Wahai yang bernama SAHABAT



Kalimah Insan Bernama Wanita...


1.Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki



2.Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni,   didekati, bermesra dengan lelaki yang bukan muhrimnya, hilanglah harga dirinya di hadapan Allah!



3.Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga?
Maka jangan murahkan.
Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan.
Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.
cintailah diri sendiri.

Wednesday, October 24, 2012

Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur




Dikatakan bahawa seorang lelaki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ‘alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.





"Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani)."

Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh karena itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.

Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Kedokteran modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!!

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.

Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.




Monday, October 22, 2012

Aku Ini Tulang Rusuk Kiri Siapa?

Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.












Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.

Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.

Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?


Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,













Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali

Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.


copy...  :)

Wajah Yang Cantik Datang Dari Hati Yang Baik

“Mengapa dia tidak faham rintihan hati aku?” keluh seorang sahabat rapat kepada saya.

“Bukan aku tidak cinta, tetapi tolonglah berhias diri,”tambahnya lagi.





“Mengapa? Teruji sangatkah?”

“Apa tidaknya… di pejabat aku berdepan dengan berbagai-bagai wanita. Semuanya berhias dan berwangi-wangian.”

“Kau menjaga pandangan?”

“Bukan sahaja pandangan tetapi penciuman. Dunia akhir zaman, kau bukan tidak tahu.”

“Ya, Iman kita sering teruji,” balas saya, seakan-akan menumpang keluhannya.

“Yang aku hairan tu, isteri aku ni bukan tidak cantik, cantik. Tapi entahlah, sekarang ni semakin hilang moodnya untuk menjaga diri.”

“Kita dah semakin berusia. Apa lagi yang kita cari dalam hidup ini,” pujuk saya untuk meredakannya.

“Tetapi itu bukan alasan untuk dia tidak menjaga diri. Kita sebagai suami sering diuji, setidak-tidaknya berilah sedikit bantuan untuk kita hadapi ujian itu.”

Saya senyum. ‘Bantuan’ yang dimaksudkannya membawa pelbagai tafsiran.

“Kau yang mesti mulakan dulu, insya-Allah isteri akan mengikut nanti,” cadang saya.

“Ya, aku dah mulakan. Mudah-mudahan dia dapat ‘signal’ tu…”

“Amin.”

Saya termenung memikirkan ’masalah kecil’ yang kekadang boleh mencetuskan masalah besar itu. Sepanjang pergaulan saya telah ramai suami yang saya temui mengeluh tentang sikap isteri yang malas berhias.

“Apa guna, kita dah tua.”

“Alah, awak ni tumpu ibadat lah.”

“Dah tua buat cara tua.”

Itulah antara alasan yang kerap kita dengar daripada para isteri.

Ramai suami yang baik, tidak memilih jalan singkat dan jahat untuk menyelesaikan masalah seperti menyimpan perempuan simpanan, pelacuran dan sebagainya. Ada juga yang ingin mencari jalan baik ( seperti poligami) tetapi tidak berapa berani berdepan dengan isteri. Ada juga yang terus memendam rasa seperti sahabat rapat saya itu.




“Tak berani poligami?” Dia menggeleng kepala.

“Tak ada calon ke?” saya mengusik lagi.

“Ramai…”

Memang saya lihat pada usia awal 40-an dia tambah segak dan bergaya.

“Habis kenapa?”

Dia diam. Saya renung wajah sahabat saya yang begitu akrab sejak dahulu. Dia memang lelaki baik, berakhlak dan begitu rapi menjaga ibadah-ibadah khusus dan sunat.

“Aku sayang isteri aku. Sangat sayang. Aku tidak mahu hatinya terguris atau tercalar. Aku kenal dia. Walaupun mungkin dia tidak memberontak, tetapi kalau aku berpoligami dia pasti terluka.”

“Kau sudah berterus terang dengannya?”

“Tentang apa, tentang poligami?”

“Bukanlah. Tapi tentang sikapnya yang malas berhias dan bersolek tu?”

“Aku takut melukakannya.”

“Tak mengapalah kalau begitu, biar kau terluka, jangan dia terluka,” saya berkata dengan nada sinis.

Dia faham maksud saya.
“Aku sedang mencari jalan berterus-terang,” dia mengaku juga akhirnya.

“Tak payah susah-susah. Katakan padanya dia cantik, tetapi kalau berhias lebih cantik…”

“Lagi?”

“Katakan kepadanya, berhias itu ibadah bagi seorang isteri. Jadi, bila kita yakin berhias itu ibadah, tak kiralah dia telah tua ke atau masih muda, cantik atau buruk, dia kena berhias. Dapat pahala, walaupun tak jadi cantik, atau tak jadi muda semua,” saya senyum.

Kemudian ketawa. Pada masa yang sama saya teringat apa yang dipaparkan oleh media massa bagaimana ‘ayam-ayam’ tua (pelacur-pelacur tua) yang terus cuba menghias diri untuk menarik pelanggan-pelanggan mereka. Mereka ini berhias untuk membuat dosa. Lalu apa salahnya isteri-isteri yang sudah berusia terus berhias bagi menarik hati suami mereka, berhias untuk mendapat pahala? Salahkah?

Mencari kecantikan isteri, bukan isteri yang cantik

“Kita para suami pun banyak juga salahnya,” kata saya.

“Kita tak berhias?”

“Itu satu daripadanya. Tapi ada yang lebih salah daripada itu,” tambah saya lagi.

“Salah bagaimana?”

“Salah kita kerana kita masih mencari isteri yang cantik bukan kecantikan isteri!”

“Dalam makna kata-kata kau tu…”

“Tak juga. Sepatutnya, pada usia-usia begini fokus kita lebih kepada kecantikan isteri. Di mana kecantikan sejati mereka selama ini.”

“Pada aku tak susah. Pada hati mereka. Pada jasa dan budi yang selama ini dicurahkan untuk kita demi membina sebuah keluarga.”

“Ya, jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada jasa yang ditabur. Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar. Itulah kecantikan seorang isteri walaupun mungkin dia bukan isteri yang cantik.”

“Kau telah luahkan apa yang sebenarnya aku rasakan. Itulah yang aku maksudkan tadi, aku tak sanggup berpoligami kerana terlalu kasihkannya.”

“Kasih ke kasihan?” saya menguji.

“Kasihan tak bertahan lama. Tetapi aku bertahan bertahun-tahun. Aku kasih, bukan kasihan.”

Tongkat ‘muhasabah diri’ vs tongkat Ali
“Relaks, aku bergurau. Tetapi ada benarnya kalau isteri katakan bahawa kita telah tua.”

“Maksud kau?”




“Bila kita sedar kita telah tua, kita akan lebih serius dan lajukan pecutan hati menuju Allah! Bukan masanya untuk berlalai-lalai lagi.”

” Ya, aku teringat kisah Imam Safie. Ketika usianya mencecah 40 tahun, dia terus memakai tongkat. Ketika muridnya bertanya kenapa? Kau tahu apa jawabnya?”

Saya diam.

“Beliau berkata, aku ingatkan diriku dengan tongkat ini bahawa usiaku sudah di penghujung, bukan masanya lagi untuk berlengah, tetapi untuk menambah pecutan dalam ibadah menuju Allah.”

Saya diam. Terus termenung. Imam Safie, tak silap saya wafat pada usia awal 50-an. Tepat sungguh firasatnya. Insya-Allah, jalannya menuju Allah sentiasa diredhai.

“Kalau kita seserius Imam Safie, insya-Allah, kita boleh hadapi masalah isteri tidak berhias ini. Kita akan cari kecantikannya yang abadi untuk sama-sama memecut jalan menuju Ilahi…” tegas sahabat saya itu.

“Kita tidak akan lagi diganggu-gugat oleh godaan kecantikan dari luar yang menguji Iman. Kita juga tidak akan dikecewakan oleh pudarnya satu kecantikan dari dalam yang mengganggu kesetiaan.”

“Ya, kalau kita baik, isteri pun akan baik. Bila hati baik, kita akan cantik selama-lamanya!”

Ironinya, ramai suami yang telah berusia masih belum sedar hakikat ini. Seperti Imam Safie, pada usia-usia begini ramai suami yang mula mencari tongkat. Sayangnya, bukan ‘tongkat muhasabah diri’ tetapi ‘tongkat Ali!’ 

Thursday, September 20, 2012

Cita sejati


Aku... hanyalah seorang anak manusia.. yang tersedak hening di tengah hempasan dimensi kehidupan.

Aku... hanyalah sebingkai raga berbentuk.. yang terarak sendu di antara hujatan angin masa.

Aku... hanyalah sebilah sukma kelabu.. yang menyayat halus tirai harmoni di dalam kebisuan bumi.

Aku... hanyalah sepenggal kata yang rapuh.. yang coba tuk merangkai letih di atas bait-bait rindu melodi jiwa.




Aku... hanyalah seonggok hampa yang mencoba tuk lukiskan angan di bawah derai naungan perasaan.

Aku... hanyalah aku.. yang slalu mencipta secercah gambaran hakikat diriku.

Ya, itulah aku... yang selalu terpaung riuh, mendulang arakan rinai beribu pertanyaan.

Apakah tujuan dan arti hidupku yang sesungguhnya?

Diriku terus bertanya-tanya kepada hati kecilku...

Hingga akhirnya kini telah kutemukan satu tujuan pasti.. yang kan menyapu bersih segenap rona perjalanan hidupku dan takkan pernah lekang oleh waktu sekalipun...

Ya.... menggapai cita sejatiku....
 

Hidup


Aku tak larat

aku memang tak larat

tak tahan lagi

bangun pagi-pagi

tapi aku terima

hakikat ini

sampai mati.
















Awan larat

memang berat

seperti besi karat.



Hidup yang pahit

dengan tulang dua kerat

hari-hari perut di sumbat

dengan makanan dan kerabat

itu juga satu hakikat.



Semua ini metafora

dalam belukar

perumpamaan hidup

yang berat.



Kita semua akan berkarat

semakin hari tak larat

merasa kalau sempat

nikmat hidup keramat.



Itu pun kalau sempat.
 

Pendosa



rasa mulai hilang dari alam
rumput tak lagi mau di pijak
aku mulai resah ketika tuhan tak lagi peduli
diriku tergantung diatas nirwana sunyi

dahan enggan menutupi tubuh yang angkuh
ranting ranting menjauh dari jari hidup
tubuh terhempas antara badai kesunyian
hati menjadi pendosa sejati yang sunyi

akankah alam menyapa diri dari keangkuhan hati?
ataukah malaikat mulai jenuh oleh perasaan hati
mungkinkah tuhan memaafkan dosa JASAD INI?
ataukah tuhan akan menjauh dariku?


















aku hanya bisa berharap tanpa harus berucap
kutengadahkan tangan memohon ampunan
kusiram tubuhku dengan secangkir kesucian
tuk kudapatkan segenggam penebusan
berlutut tubuh ku lemas tak bernyawa
dihadapanmu tuhan pemilik alam semesta

ku hanya setetes air dari lautan suram
mencari titik yang tak bernoda
titik tidak menimbulkan tinta
tapi tinta yang menimbulkan titik
cantik tidak menimbulkan cinta
cintalah yang menimbulkan cantik
diri tidak terbakar oleh dosa
tapi dosa yang membakar diri
ku ingin mencari jalanmu yang abadi…

Malam


Malam ini menceritakan penatnya hidupku
Gelap telah mewarnai isi hatiku
Hitam yang sedikit tersebar di relung jiwa
Terkobarkan bendera kematian bagi kebahagiaan……..















Apakah kata ini memenangkannya
Yang mengalahkan kacau balaunya hidup ini
Ataukah aku hanya seperti duri
Yang memberikan luka bagi diriku sendiri

Mata ini merah karena menangis
Memberikan air mata disetiap cerita ini
Yang tampak hanyalah kesedihan di hari ini
Apakah aku bisa memberi pelangi untukku sendiri…….

Awan tak memberi jawab untukku
Walaupun aku ingin ada pelangi di hatiku
Seperti apakah aku saat ini
Apakah aku pantas seperti debu yang tak berwujud……..

Tuesday, September 18, 2012

Apa itu cinta?Mengapa aku harus bercinta?


PERHATIAN:
DENGARLAH KAUM WANITA YANG AKU HORMATI,
 LUAHAN HATI SEORANG LELAKI INI JIKA MASIH TERCARI CINTA PERTAMA



Apa itu cinta?Mengapa aku harus bercinta?Perlu ke aku bercinta? Cinta itu terlalu banyak maksud. tapi bagi aku, cinta itu adalah satu perasaan sayang terhadap insan yang dikasihi ,ingin melindungi dia dan cinta itu satu tanggungjawab.

Wahai kaum wanita yang aku hormati,bagi korang yang masih belum bercinta terutama remaja, lebih baik korang fikir masak-masak untuk bercinta. Sanggupkah korang habiskan masa remaja korang dengan bercinta? Aku nasihatkan enjoylah dulu dunia bersama kawan-kawan karib.
Masa bersama kawan-kawan adalah masa yang berharga.Kerana masa untuk bersama kawan-kawan terlalu singkat berbanding masa korang habiskan bersama pasangan selepas kahwin. Selepas kahwin, korang dah jarang akan keluar dengan kawan-kawan..



Wahai kaum wanita yang aku hormati,jika korang rasa korang sanggup, fikirkan pula bersediakah korang untuk bercinta dan kemudian dilukai selepas ditinggalkan. korang dah cukup kuat untuk melalui hari-hari korang dilukai selepas itu? Kebanyakkan mereka yang dilukai hanya mampu mencurahkan rasa sakit hati ditinggalkan kepada kawan lelaki yang lain kemudiannya dia pula menjadi kekasih korang selepas lelaki itu tahu terdapat kekosongan didalam hati korang..

Wahai kaum wanita yang aku hormati, kenapa korang bercinta? Aku yakin korang hanya bercinta kerana suka melayan perasaan dihargai pasangan. Jangan biarkan nafsu itu menguasai diri.. Jika benar dia cinta korang, dia akan sanggup tunggu korang dan dia tidak akan menyentuh korang. Dia akan jaga korang sehabis baik dan akan jadikan korang isteri yang solehah..

Wahai kaum wanita yang aku hormati, sesungguhnya seorang lelaki itu seharusnya menghormati korang...Korang bukan barang untuk disepak-sepak.Korang bukanlah mesin pembuat air mata.. Air mata korang itu amat bernilai.. Korang bukanlah mesin melahirkan manusia. Kasihanilah anak-anak yang dilahirkan didunia tanpa pintanya...Janganlah engkau bunuh dia....




Wahai kaum wanita yang aku hormati, dengarlah nasihat aku yang terakhir, carilah cinta itu melalui hati, bukan melalui paras rupa. Bersabar jika korang masih belum temui cinta korang, cinta pertama itu lebih indah jika dibawa ke pelamin!